Tuesday, December 25, 2012

penat*nurse

salam untuk sesiapa yang sudi membaca blog nih..
malam ni 25 dec 2012 aku nak cerita kesah rutin harian aku sebagai nurse*misi di hospital.
fuhhh..penat sepenatnya taw!

aku bersyukur sangat sebab rezeki aku ke arah profesion NURSE. atas dorongan mak dan ayah aku lah aku menjadi seorang misi.. sebenarnya mula2 aku belajr misi ni tak ikhlas pun.. tapi alhamdulillah sangat aku berjaya juga mencapai tahap sekarang.

menjadi seorang misi tak semudah yang orang luar sangkakan. bebanan dan tanggungjawab sangat- sangat berat. hari-hari air mata jatuh.. stress.. hari-hari berjalan sana -sini. kalau dikirakan, boleh sampai ke bandar melaka tuh.. huhu..


<semasa last day student nurse>

alhamdulillah juga aku dapat bertugas di wad gynaecology ( sakit puan) . tetapi management setiap jabatan berlainan kan? setiap hari juga aku balik lewat. sekali pesakit ramai.., memang tak sempat duduk. tak sempat nak jamah nasi. *hypo macam tu je..( hypo*hypoglycemia=kurang gula dlm bdn).

fuhh.. penat!kerja shift plak tuh.. sehari je dalam seminggu dapat off day. kalau naik shift malam, dapat laa dua hari off..

pagi- pagi wajib ikut doktor pakar round . seorang pesakit dah ambil masa beberapa minit.. ( dalam 20 minit) kalau pesakit dalam wad ada 38 orang? dah berapa lama? itu tak termasuk pakar datang wad awal atau lambat.., tak termasuk pesakit sakit teruk dan ada masalah yang banyak..?

selepas round plak , assist doktor scan la, pemeriksaan la.. tak termasuk uruskan pesakit yang boleh *discaj? (*discaj=balik rumah). tak termasuk juga misi nak menulis laporan plan doktor.. tension pula dengan ahli keluarga pesakit yang tak sabar nak discaj kan wife diorang.. bukan misi sengaja melambatkan proses discaj.. misi juga ada tugas lain lagi.. kesabaran itu penting. misi ada dua tangan dua kaki jerr.
misi pun nak sangat-sangat pesakit discaj..

ermm.. lumrah jadi misi kan kena maki dengan ahli keluarga pesakit sebab lambat discajkan. walaupun hakikatnya misi jaga pesakit sepanjang dalam wad.. (so sad..). tapi , tak da pulak pesakit marah kat misi. orang lain pula yang marah. sorang misi jaga 18 orang pesakit. macam ne xmampos nye misi nih..

lumrah kerja hospital kerajaan kan.. sekarang pula kerajaan kuarang duit. dana hospital tak dapat plak tuh.. tak de duit nak beli barang- barang hospital hujung2 tahun ni.. nak ambil darah pesakit pun xboleh. syringe dah habis.. minta kat wad lain pun, dapat sikit. sebab wad diorang pun nak guna. ermm.. nasib.. pastu kena marah dengan doktor.. misi jugak yang kene..

ok la.. itu jer tuk kali ni.. juz untuk kongsi bersama . dan memori di masa akan datang..
*salam*


No comments:

Post a Comment